Wednesday, 2 March 2016

Pencapaian dalam bidang pertanian

Pencapaian dalam bidang pertanian

PENGENALAN

penanaman, penternakandan perhutanan. Pertanian merupakan pembangunan penting kepada kebangkitan tamadun apabila penanaman dan penternakan membawa kepada lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan dalam masyarakat yang semakin ramai dan berkelas. Sektor pertanian, merupakan antara aktiviti ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor utama (primer sektor) selain daripada perlombongan dan kuari. Walaupun proses urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak diberikan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan, namun majoriti populasi di Asia Tenggara masih mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama.

Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang mana pada masa tersebut, majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan. Namun, dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan turun-temurun. Lebih parah, generasi pelapis yang diharapkan akan meneruskan pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan yang lebih ´bermaruah´ dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian. Hal ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih baik. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor pertanian tidak stabil.



PROGRAM PENINGKATAN PENGELUARAN DAN PRODUKTIF BAGI SEKTOR PERTANIAN

Pemberian Insentif Kepada Pengusaha-Pengusaha Pertanian

Kos pengeluaran telah meningkat dengan ketara mulai tahun 2007. Komponen utama yang mengalami kenaikan ialah baja dan racun, sebagai contoh, dalam tempoh 2003 hingga 2007 sahaja, kos baja sebatian untuk pengeluaran sehektar telah naik sebanyak 85.5%, iaitu daripada RM868/t.m. kepada RM1,610/t.m. Racun perosak untuk pengeluaran buah-buahan pula meningkat daripada RM96 kepada RM156. Bermula pada bulan Jun 2008, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif pengeluaran kepada yang menghasilkan bahan-bahan pertanian bagi menampung sebahagian peningkatan kos. Pelaksanaan pembayaran insentif ini adalah melalui pendaftaran pengusaha-pengusaha dengan pihak Kementerian sahaja. Oleh yang sedemikian, sebanyak RM513 juta telah diluluskan bagi tahun 2008.

Mengukuhkan FAMA Bagi Memastikan Pasaran Dan Pengagihan Hasil-Hasil Pertanian

FAMA akan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian melalui pembangunan pusat pengedaran, pusat pengumpulan dan peningkatan bilangan pasar tani sebanyak 50 buah di seluruh negara sebagai tambahan kepada 230 yang sedia ada. Bagi tujuan ini, sebanyak RM39 juta telah diluluskan bagi tahun 2008. Tambahan lagi, daripada jumlah ini, wang pusingan urus niaga sebanyak RM25 juta disediakan untuk membolehkan pembelian hasil pertanian


 Pelaksanaan Program Bumi Hijau

RM25.9 juta diluluskan bagi program ini bagi tahun 2008. Ia meliputi kawasan bandar dan desa bagi menggalakkan penduduk bercucuk tanam dan menternak ayam serta ikan, atau dengan kombinasi yang sesuai untuk menampung keperluan keluarga dan selebihnya dijual. Ia dilaksanakan di halaman rumah dengan mengambil kira konsep “kitchen garden” dan “edible landscape”. Pihak Kementerian akan mengedarkan biji benih sayuran terpilih, baja serta manual pelaksanaan kepada seluruh lapisan masyarakat.

Pengurusan Kawasan Terbiar Untuk Meningkatkan Pengeluaran Komoditi Sekuriti

Bagi meningkatkan pengeluaran hasil-hasil pertanian, tanah terbiar boleh dibangunkan dalam masa yang singkat. Tumpuan diberikan terhadap tanah hak milik perseorangan yang terletak berhampiran di antara satu sama lain melalui kaedah “profitsharing” dengan pihak swasta yang dikenal pasti. Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi tahun 2008 untuk membangunkan kawasan pertanian dan kolam terbiar. Jumlah peruntukan yang disediakan bagi tahun 2008 sebanyak RM2,500 juta. Oleh yang sedemikian, pelan tindakan pelaksanaan bagi setiap program secara menyeluruh dan terperinci telah digubal agar peruntukan sejumlah RM2,500 juta kepada Kementerian dapat dibelanjakan kesemuanya dalam tempoh lapan bulan dalam tahun ini.

Konsep Ladang Merdeka

Konsep Ladang Merdeka menumpukan kepada usaha perladangan padi secara komersial berteraskan teknologi menerusi proses penyatuan lot-lot tanah sawah kecil menjadi lot-lot besar. Sehingga kini sebanyak 16 projek sedang beroperasi melibatkan sawah seluas 708 hektar dengan penyertaan 2,609 petani. Mini Estet Padi dan perladangan kelompok pula menumpukan kepada pemuafakatan sekumpulan petani mengusahakan sawah di sesuatu kawasan bendang dengan bimbingan intensif daripada KADA dan kemudahan kredit input pertanian daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang dibayar balik setelah selesai musim penuaian. Sebilangan petani maju diberikan bimbingan intensif di bawah projek 10 tan/hektar bagi meningkatkan kadar pengeluaran padi ke arah 10 tan/hektar.

Antaranya program yang dijalankan oleh KADA ialah permodenan sistem pengairan rumah-rumah pam dan peningkatan kecekapan dan keberkesanan bekalan air dan penekanan kepada penggunaan teknologi moden dan amalan pertanian baik. Program lain termasuklah pengurusan rumpai, perosak dan penyakit tanaman secara bersepadu. KADA mensasarkan pada akhir RMKe-9, kadar pengeluaran padi dari seluruh kawasan KADA akan ditingkatkan daripada 4.28 tan/hektar kepada 5.30 tan/hektar bagi membolehkan sumbangan KADA kepada pengeluaran padi negara ditingkatkan 225,000 tan setahun kepada 307,000 tan setahun.

Memperluaskan Fungsi Kementerian Pertanian dan Asas Tani

Tujuan memperluaskan Kementerian Pertanian dan Asas Tani ialah supaya sektor pertanian dan industri asas tani dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan. Selain itu, bagi meningkatkan pengeluaran dan kecekapan pengeluaran, kerajaan telah merancang pembangunan kawasan-kawasan pengeluaran berteraskan ‘Cluster’ seperti Zon Pengeluaran Buah-buahan, ‘Target Area Concentration’, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti Projek Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Ini bertujuan bertujuan untuk membangunkan komoditi dan produknya yang berteraskan ‘Industrial Districts. Kerajaan, menerusi Kementerian Petanian dan Asas Tani juga memperkenalkan sebuah jenama iaitu ‘Malaysia Best’.



No comments:

Post a Comment