Pencapaian Dalam Bidang Pelancongan
alaysia merupakan sebuah negeri yang dikelilingi oleh lautan yang luas,
dirangkumi oleh hutan hujan tropika. Oleh itu, tidak hairanlah di negara kita
terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik. Selepas kemerdekaan, pelbagai
tempat pelancongan yang menpunyai permandangan yang indah, udara yang segar
telah diwujudkan untuk menarik pelancong asing untuk datang melancong di
Malaysia agar nama baik negara kita dapat ditingkatkan. Disebabkan kedudukan
yang strategi, negara kita mempunyai pantai-pantai yang amat putih pasirnya
seperti Pulau Ledang, Pulau Ketam, Pulau Langkawi dan sebagainya. Demi menarik
pelancong, hotel yang berkelas tinggi juga dibina di pulau-pulau tersebut.
Selain itu, Malaysia juga
terkenal dengan tempat-tempat bersejarah yang mampu dikekalkan oleh kerajaan
hingga ke hari kini dan telah menarik banyak pelancong asing datang ke negara
kita pada setiap tahun. Setiap tahun, kerajaan berusaha untuk membaiki tempat
bersejarah dengan mengukuhkannya tanpa mengubah kecorakan dan kelihatan
asalnya. Usaha ini telah membawa hasil yang lumayan kepada negara kita.
Contohnya tempat bersejarah yang terkenal ialah Kota A' Famosa, Gejara St.
Paul, Kuil Chen Hoon Teng dan sebagainya.
Kota A Famosa Melaka
Gereja St Paul Melaka
No comments:
Post a Comment