Wednesday, 9 March 2016

Pencapaian Sains dan Teknologi Malaysia
Internet


Internet merupakan satu jaringan maklumat utama bagi semua peringkat masyarakat tidak kira tua ataupun muda. Ia dapat digunakan dengan mudah dan maklumat yang dicari dapat diperolehi dengan hanya se'klik' pada kekunci tetikus.
Maklumat yang terdapat di dalam internet juga amat banyak tidak terkata. pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan menaip pada 'search enjin' yang terkemuka . Contohnya, www.yahoo.com , www.altavista.com ,www.cari.com.my dan banyak lagi.

Dengan adanya internet kesemua urusan jual beli sama ada dalam negara sendiri ataupun antarabangsa dapat dilakukan dengan cepat tidak kira dimana . Ia bagaikan dunia ini telah dikecilkan apabila wujudnya internet. baru-baru ini Malaysia juga telah di gemparkan dengan wujudnya k-ekonomi, e-kerajaan , e-dagang dan lain-lain lagi. Ini semua merupakan kesan daripada penggunaan teknologi maklumat ataupun IT. Penggunaan IT secara meluas juga membolehkan dunia yang luas dihubungkan dalam satu rangkaian iaitu rangkaian IT. Ini sekali gus merapatkan lagi hubungan di antara pelbagai bangsa di dunia yang boleh mendatangkan banyak faedah kepada kita.








INFRASTRUKTUR


Pembangunan negara yang pesat membangun telah membuka peluang kepada negara untuk membina pelbagai infrastruktur yang bertaraf dunia. Segala kelengkapan dalam setiap infrastruktur yang dibina merupakan yang tercanggih dunia. Dari bangunan pencakar langit hingga ke litar lumba kereta formula satu, segalanya adalah dibina untuk mengejar wawasan sebuah negara membangun, iaitu Malaysia dan untuk rakyatnya.
Bermula dengan impian membina sebuah kawasan yang berasaskan Teknologi Maklumat. Sebagai langkah pertama, Malaysia telah membina Multimedia Super Koridor (MSC). Kawasan yang diliputi oleh MSC adalah selebar 15 kilometer dan sepanjang 50 kilometer. Bermula dari KLCC hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Multimedia Super Koridor telah dirasmikan pada 27 Jun 1998. Dua “Bandar Pintar” telah dibina dalam likungan kawasan tersebut, iaitu Putrajaya – pusat pentadbiran negara dan Cyberjaya – pusat perindustrian multimedia, pusat penyelidikan dan pembangunan dan sebuah universiti.


Sebuah lagi impian negara yang menjadi kenyataan ialah pembinaan mercu tanda kebanggaan - Menara Kuala Lumpur. Kombinasi daya inovasi yang tinggi dalam bidang perniagaan, hiburan dan pusat telekomunikasi yang berteknologi tinggi. Tersergam megah di Bukit Nanas, Menara Kuala Lumpur merupakan pencapaian tertinggi dalam pembangunan negara di tengah-tengah kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur. Kedudukan Menara Kuala Lumpur sebagai pusat telekomunikasi dan penyiaran multimedia yang tertinggi dia Asia Tenggara telah merubah secara keseluruhannya cara hidup masyarakat Malaysia dalam menuju ke alaf baru.
Penglibatan negara dalam perlumbaan formula satu merupakan satu kebanggaan kepada rakyat. Kejayaan menganjurkan perlumbaan bertaraf dunia menjadi realiti apabila Litar Formula Satu di Sepang berjaya disiapkan pada November 1998 dengan kos perbelanjaan sebanyak US$120 juta. Litar sepanjang 5.542 kilometer terletak kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur dan kira-kira 15 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Litar ini yang dilengkapi dengan kelengkapan yang berteknologi tinggi merupakan litar yang tercanggih di dunia. Selain dari perlumbaan Formula Satu, Litar Sepang juga dapat dijadikan sebagai litar perlumbaan Motosikal Grand Prix Dunia.
Dengan adanya pelbagai infrastruktur yang berteknologi tinggi, negara ini akan terus maju dan membangun. Malah mencapai cita-cita Perdana Menteri kita iaitu Wawasan 2020.





Kenderaan Nasional


Kereta Kebangsaan



Mungkin ia merupakan satu simbol yang agak ganjil. Tetapi, ia amat bermakna bagi penduduk Malaysia.Ia melambangkan keazaman rakyat Malaysia untuk menukarkankan status daripada komoditi pengeluar utama kepada satu negara industri. Projek ini buat pertama kalinya diumumkan pada tahun 1982 dan menjadi satu kenyataan pada bulan September 1985.

Kenderaan pertama yang telah dikeluarkan oleh negara Malaysia ialah Proton. Ia merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan bagi rakyat Malaysia. Ia juga telah mencatat sejarah bagi negara Malaysia. Dengan wujudnya Proton , ia sekaligus telah mengharumkan nama negara Malaysia.

Malaysia kini terkenal dimata dunia. Kereta-kereta ini telah dieksport ke negara-negara asing. Proton telah membantu negara Malaysia membangun menjadi sebuah negara industri. Status ekonomi Malaysia juga menjadi stabil dan disinilah Malaysia merasai saat-saat kegemilangannya.

Setelah beberapa tahun kemudian, muncul pula kenderaan keluaran Malaysia yang kedua iaitu PERODUA. Dengan keluarnya kenderaan ini ia juga berjaya menarik minat para pedagang luar.

Setelah melihat usaha ini berjaya, maka pihak kerajaan Malaysia bertindak untuk mengeluarkan berbagai jenis model lagi untuk menarik perhatian rakyat malaysia agar menggunakan kenderaan keluaran negara sendiri. Selain itu , ia juga dapat menimbulkan daya saing yang tinggi antara syarikat pengeluar kereta tempatan seterusnya meningkatkan lagi kualiti dan mutu keluaran negara.







Pencapaian Malaysia Dalam Bidang Sukan



Kejayaan Malaysia Dalam Bidang Sukan

1. DATUK LEE CHONG WEI
Lee Chong Wei (Badminton)


Wajahnya keanak-anakan tetapi jangan terpedaya, di sebalik wajah comel itu, kehebatannya menggegarkan ramai. Pemain utama perseorangan lelaki dalam acara badminton ini, Datuk Lee Chong Wei, sudah membuka banyak mata untuk melihat taring anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini dalam sukan itu.
Dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia ini, kejayaannya bukan sedikit. Beliau merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.




Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan pada 21 Ogos 2008. Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketika yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.
Biografi
Dilahirkan 21 Oktober 1982, Chong Wei, pemuda yang terkenal dengan sifat peramah ini sudah menundukkan ramai pemain dunia, termasuk pemain nombor satu dunia, Lin Dan, dari China. Beliau mendapat pendidikan awal di Jit Sin Primary School (B) sebelum menyambungkan pelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Way.
Satu perkara `pelik’ yang mungkin harus dikongsi bersama pembaca dan peminat Chong Wei, anak muda ini tidak menggemari artis Hong Kong seperti kebanyakan anak muda berketurunan Cina di negara ini. Idolanya juga bukan bintang badminton dunia, sebaliknya kelab bola sepak terkaya di dunia, Manchester United.

Pada zaman kanak-kanaknya, Lee gemar bola keranjang, namun ibunya melarangnya dari menceburi sukan itu gara-gara bahang yang melayur di gelanggang bola keranjang luaran. Lee mula mempelajari badminton seusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan ini membawanya ke dalam gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula melatih Lee selepas waktu sekolah. Setelah ditemui oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.









2. DATUK NICOL DAVID

Calon yang seorang ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Pada usia menjangkau 23 tahun ini, pencapaiannya dalam sukan skuasy bukan calang-calang. Paling manis pastinya apabila muncul juara dalam Terbuka Dunia 2005, pemain Asia pertama meraih gelaran itu selain dinobatkan sebagai pemain pertama dunia.
Dilahirkan pada 26 Ogos 1983, anak kelahiran Pulau Pinang ini bukan orang baru dalam sukan skuasy. Mula bermain skuasy ketika berusia lima tahun, sukan itu seolah-olah `diwujudkan’ untuk Nicol apabila merangkul kejuaraan peribadi yang pertama ketika berusia sembilan tahun.
Mula berlatih secara formal ketika berusia lapan tahun dan menjadi pemain profesional pada 2000, Nicol merangkul kejuaraan demi kejuaraan, termasuk Terbuka British 2005 dan juara Sukan Asia, yang kelima kali buatnya sejak Sukan Asia 1998.
Sekali pun begitu, Nicol seperti remaja lain juga mempunyai kegemaran lain. Beliau meminati aktiviti lasak seperti rock climbing dan jika ada masa terluang atau tiada latihan harian, Nicol gemar membeli-belah, melukis di samping menggemari muzik berentak r&b. Makanan kegemarannya pula adalah char koay teow goreng.
Selain cemerlang dalam skuasy, Nicol juga membuktikan kehebatannya di persada akademik. Bekas pelajar Sekolah Rendah Convent Green Lane dan Sekolah Menengah Convent Green Lane, Pulau Pinang itu memperoleh 7A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Puas...Wajah keriangan Nicol selepas menjuarai pertandingan skuasy.
Berikut adalah antara pencapaian dan anugerah yang diterima Nicol.




Pencapaian:
·                     1997: Emas berpasukan Sukan Sea Jakarta
·                     1998: Juara Asia; Emas Sukan Asia Bangkok
·                     1999: Emas individu Sukan Sea Brunei; Juara Remaja Dunia Antwerp, Belgium
·                     2000: Juara Terbuka Finland; Juara Terbuka Kuala Lumpur
·                     2002: Juara Terbuka Kuala Lumpur; Perak acara beregu campuran bersama Ong Beng Hee di Sukan Komanwel Manchester
·                     2005: Juara Terbuka Kuala Lumpur; Juara Terbuka Kuwait; Juara Terbuka Belanda; Juara Terbuka Malaysia; Juara Terbuka Dunia; Juara Terbuka British; Juara Terbuka Caroy Weymuller
Anugerah:
·                     Pingat Ahli Mangku Negara (2000)
·                     Anugerah Usaha Guinness ke-186 (2001)
·                     Pemain Terbaik Asia 2001
·                     Dewan Kemasyhuran SportExcel 2002
·                     Olahragawati Kebangsaan (2003 & 2005)








3.PANDELELA RINONG.


Pandelela Rinong anak Pamg lahir pada 2 Mac1993 merupakan anak jati Bau, Sarawak. Beliau merupakan atlet di dalam sukan terjun papan anjal Malaysia. Pandelela ialah pemenang anugerah Olahragawati Kebangsaan 2011. Beliau  bersaing dalam 10 meter platform Wanita di Sukan Olimpik Musim Panas 2008 di Beijing.Dia adalah pembawa bendera buat kontinjen Malaysia pada 2010 Youth.Dia menjadi pembawa bendera wanita pertama Malaysia di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik London 2012.
Kejayaan


• Pada tahun 2009 Kejohanan Dunia Akuatik, beliau memenangi pingat gangsa dalam Wanita 10 meter berirama Platform bersama dengan Leong Mun Yee.
• Meraih pingat emas dalam acara 10m Platform Individu dan pingat perak dalam 10m Platform Berirama bersama seorang lagi penerjun kebangsaan Leong Mun Yee pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India.
• Merangkul pingat perak bersama Mun Yee dalam acara 10m Platform Berirama dan pingat gangsa menerusi acara 10m Platform Individu pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.
• Beliau memenangi pertama Malaysia Sukan Komanwel pingat emas dalam sukan akuatik dengan memenangi 10m platform wanita.
• Olahragawati Kebangsaan 2011 apabila merangkul pingat emas kedua negara pada Grand Prix Fina di Montreal, Kanada.
• Memegang status sebagai penerjun nombor tiga dunia.
• Mendapat pingat perak dalam acara 10 meter platform (Sukan Universiti Dunia 2011).
• Menyumbangkan pingat emas dalam acara individu 100 meter platform kepada negara semasa sukan SEA ke-26 di Indonesia.
• Meraih pingat perak dalam acara individual 100 meter pada Siri Pertama Kejohanan Terjun Dunia FINA di Russia dan Sukan Universiti Dunia Di Shenzen, China.
• Pingat gangsa dalam acara individual 100 meter pada Siri Kedua Kejohanan Terjun Dunia FINA di Beijing, China.
• Merangkul pingat perak acara 10 meter platform pada Siri Terjun Dunia FINA di Moscow.
• Anugerah Emas Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM-MILO) buat kali kedua selepas meraihnya pada 2008 berikutan pencapaian cemerlangnya.




Pencapaian Dalam Bidang Pelancongan
   
alaysia merupakan sebuah negeri yang dikelilingi oleh lautan yang luas, dirangkumi oleh hutan hujan tropika. Oleh itu, tidak hairanlah di negara kita terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik. Selepas kemerdekaan, pelbagai tempat pelancongan yang menpunyai permandangan yang indah, udara yang segar telah diwujudkan untuk menarik pelancong asing untuk datang melancong di Malaysia agar nama baik negara kita dapat ditingkatkan. Disebabkan kedudukan yang strategi, negara kita mempunyai pantai-pantai yang amat putih pasirnya seperti Pulau Ledang, Pulau Ketam, Pulau Langkawi dan sebagainya. Demi menarik pelancong, hotel yang berkelas tinggi juga dibina di pulau-pulau tersebut.


Pulau Redang yang terkenal dengan pasirnya yang putih.



 Selain itu, Malaysia juga terkenal dengan tempat-tempat bersejarah yang mampu dikekalkan oleh kerajaan hingga ke hari kini dan telah menarik banyak pelancong asing datang ke negara kita pada setiap tahun. Setiap tahun, kerajaan berusaha untuk membaiki tempat bersejarah dengan mengukuhkannya tanpa mengubah kecorakan dan kelihatan asalnya. Usaha ini telah membawa hasil yang lumayan kepada negara kita. Contohnya tempat bersejarah yang terkenal ialah Kota A' Famosa, Gejara St. Paul, Kuil Chen Hoon Teng dan sebagainya.






Kota A Famosa Melaka





Gereja St Paul Melaka















Wednesday, 2 March 2016

Pencapaian dalam bidang pertanian

Pencapaian dalam bidang pertanian

PENGENALAN

penanaman, penternakandan perhutanan. Pertanian merupakan pembangunan penting kepada kebangkitan tamadun apabila penanaman dan penternakan membawa kepada lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan dalam masyarakat yang semakin ramai dan berkelas. Sektor pertanian, merupakan antara aktiviti ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor utama (primer sektor) selain daripada perlombongan dan kuari. Walaupun proses urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak diberikan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan, namun majoriti populasi di Asia Tenggara masih mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama.

Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang mana pada masa tersebut, majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan. Namun, dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan turun-temurun. Lebih parah, generasi pelapis yang diharapkan akan meneruskan pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan yang lebih ´bermaruah´ dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian. Hal ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih baik. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor pertanian tidak stabil.



PROGRAM PENINGKATAN PENGELUARAN DAN PRODUKTIF BAGI SEKTOR PERTANIAN

Pemberian Insentif Kepada Pengusaha-Pengusaha Pertanian

Kos pengeluaran telah meningkat dengan ketara mulai tahun 2007. Komponen utama yang mengalami kenaikan ialah baja dan racun, sebagai contoh, dalam tempoh 2003 hingga 2007 sahaja, kos baja sebatian untuk pengeluaran sehektar telah naik sebanyak 85.5%, iaitu daripada RM868/t.m. kepada RM1,610/t.m. Racun perosak untuk pengeluaran buah-buahan pula meningkat daripada RM96 kepada RM156. Bermula pada bulan Jun 2008, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif pengeluaran kepada yang menghasilkan bahan-bahan pertanian bagi menampung sebahagian peningkatan kos. Pelaksanaan pembayaran insentif ini adalah melalui pendaftaran pengusaha-pengusaha dengan pihak Kementerian sahaja. Oleh yang sedemikian, sebanyak RM513 juta telah diluluskan bagi tahun 2008.

Mengukuhkan FAMA Bagi Memastikan Pasaran Dan Pengagihan Hasil-Hasil Pertanian

FAMA akan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian melalui pembangunan pusat pengedaran, pusat pengumpulan dan peningkatan bilangan pasar tani sebanyak 50 buah di seluruh negara sebagai tambahan kepada 230 yang sedia ada. Bagi tujuan ini, sebanyak RM39 juta telah diluluskan bagi tahun 2008. Tambahan lagi, daripada jumlah ini, wang pusingan urus niaga sebanyak RM25 juta disediakan untuk membolehkan pembelian hasil pertanian


 Pelaksanaan Program Bumi Hijau

RM25.9 juta diluluskan bagi program ini bagi tahun 2008. Ia meliputi kawasan bandar dan desa bagi menggalakkan penduduk bercucuk tanam dan menternak ayam serta ikan, atau dengan kombinasi yang sesuai untuk menampung keperluan keluarga dan selebihnya dijual. Ia dilaksanakan di halaman rumah dengan mengambil kira konsep “kitchen garden” dan “edible landscape”. Pihak Kementerian akan mengedarkan biji benih sayuran terpilih, baja serta manual pelaksanaan kepada seluruh lapisan masyarakat.

Pengurusan Kawasan Terbiar Untuk Meningkatkan Pengeluaran Komoditi Sekuriti

Bagi meningkatkan pengeluaran hasil-hasil pertanian, tanah terbiar boleh dibangunkan dalam masa yang singkat. Tumpuan diberikan terhadap tanah hak milik perseorangan yang terletak berhampiran di antara satu sama lain melalui kaedah “profitsharing” dengan pihak swasta yang dikenal pasti. Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi tahun 2008 untuk membangunkan kawasan pertanian dan kolam terbiar. Jumlah peruntukan yang disediakan bagi tahun 2008 sebanyak RM2,500 juta. Oleh yang sedemikian, pelan tindakan pelaksanaan bagi setiap program secara menyeluruh dan terperinci telah digubal agar peruntukan sejumlah RM2,500 juta kepada Kementerian dapat dibelanjakan kesemuanya dalam tempoh lapan bulan dalam tahun ini.

Konsep Ladang Merdeka

Konsep Ladang Merdeka menumpukan kepada usaha perladangan padi secara komersial berteraskan teknologi menerusi proses penyatuan lot-lot tanah sawah kecil menjadi lot-lot besar. Sehingga kini sebanyak 16 projek sedang beroperasi melibatkan sawah seluas 708 hektar dengan penyertaan 2,609 petani. Mini Estet Padi dan perladangan kelompok pula menumpukan kepada pemuafakatan sekumpulan petani mengusahakan sawah di sesuatu kawasan bendang dengan bimbingan intensif daripada KADA dan kemudahan kredit input pertanian daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang dibayar balik setelah selesai musim penuaian. Sebilangan petani maju diberikan bimbingan intensif di bawah projek 10 tan/hektar bagi meningkatkan kadar pengeluaran padi ke arah 10 tan/hektar.

Antaranya program yang dijalankan oleh KADA ialah permodenan sistem pengairan rumah-rumah pam dan peningkatan kecekapan dan keberkesanan bekalan air dan penekanan kepada penggunaan teknologi moden dan amalan pertanian baik. Program lain termasuklah pengurusan rumpai, perosak dan penyakit tanaman secara bersepadu. KADA mensasarkan pada akhir RMKe-9, kadar pengeluaran padi dari seluruh kawasan KADA akan ditingkatkan daripada 4.28 tan/hektar kepada 5.30 tan/hektar bagi membolehkan sumbangan KADA kepada pengeluaran padi negara ditingkatkan 225,000 tan setahun kepada 307,000 tan setahun.

Memperluaskan Fungsi Kementerian Pertanian dan Asas Tani

Tujuan memperluaskan Kementerian Pertanian dan Asas Tani ialah supaya sektor pertanian dan industri asas tani dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan. Selain itu, bagi meningkatkan pengeluaran dan kecekapan pengeluaran, kerajaan telah merancang pembangunan kawasan-kawasan pengeluaran berteraskan ‘Cluster’ seperti Zon Pengeluaran Buah-buahan, ‘Target Area Concentration’, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti Projek Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Ini bertujuan bertujuan untuk membangunkan komoditi dan produknya yang berteraskan ‘Industrial Districts. Kerajaan, menerusi Kementerian Petanian dan Asas Tani juga memperkenalkan sebuah jenama iaitu ‘Malaysia Best’.



Friday, 5 February 2016

🌇Pencapaian Dalam bidang Pembanggunan 🌇

PENCAPAIAN MALAYSIA DALAM BIDANG PEMBANGUNAN

Menara Berkembar Petronas (KLCC)

Menara Berkembar Petronas merupakan simbol kemodenan dan kemajuan Malaysia dalam sains dan teknologi. Dilengkapkan pada tahun 1998, menara berkembar ini merupakan visi mantan Perdana Menteri ke-4, iaitu Dr. Seri Mahathir bin Mohammad dalam usaha pemodenan Malaysia seiring dengan perkembangan dunia yang semakin pesat supaya negara tidak ketinggalan. Menara ini direka oleh dua orang arkitek dari Argentina, César Pelli dan Djay Cerico dan menjadi bangunan tertinggi di dunia pada masa itu. Gelaran bangunan tertinggi di dunia bagi Menara Berkembar Petronas bertahan dari tahun 1998 hingga 2004, sebelum bangunan Taipei 101 di Taiwan siap dibina dan diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia pada tahun 2004. Walau bagaimanapun, menara berkembar ini masih menjadi ikon Malaysia yang berwawasan dan bangunan ini akan sentiasa mengingatkan rakyat bahawa negara Malaysia mampu menjadi negara yang maju dan berjaya.

Bangunan ini mempunyai ketinggian sebanyak 451.9 m dan keluasan sebanyak 395,000 meter per segi. Bangunan ini juga mempunyai 88 tingkat dan kos pembinaan kedua-dua menara menelan sebanyak RM1.6 bilion! Terdapat beberapa cirri-ciri dalam bangunan ini yang menjadi tarikan pengunjung dan antaranya ialah “Skybridge”, iaitu sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua menara dalam tingkat 41 dan 42. Selain menonjolkan nilai estetika menara berkembar ini, jambatan “Skybridge” ini juga berfungsi sebagai aspek keselamatan sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran dalam salah satu menara. Selain jambatan ini, taman KLCC yang terdapat di perkarangan bangunan ini (terletak berhampiran Suria KLCC) juga menjadi faktor tarikan pengunjung. Seluas 17 ekar, taman ini mempunyai panorama yang begitu indah walaupun terletak di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Lumpur dan pelbagai kemudahan disediakan seperti jalan khas untuk berjalan atau berjoging dan taman permainan kanak-kanak. Taman KLCC juga memiliki pancut air dan pertunjukan cahaya yang menjadikan taman itu amat mempesonakan bagi mereka yang mengunjung taman itu pada waktu malam.

Sememangnya Menara Berkembar Petronas merupakan kejayaan Malaysia yang terbesar pada zaman modenisasi ini dan kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berbangga dengan Malaysia yang mampu mencapai kejayaan dalam bidang sains mahupun teknologi. Sekiranya kita mengambil iktibar daripada bangunan berkembar ini, kita mampu menghasilkan kejayaan yang lebih besar lagi, selagi kita percaya bahawa “Malaysia Boleh”.



Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)


KLIA, merupakan suatu bangunan yang menonjolkan kesenian yang unik dan menjadi teras kepada sektor pelancongan asing negara ini. Lapangan terbang ini juga merupakan lapangan terbang yang paling sibuk di Asia Tenggara dan menjadi lapangan terbang utama di Malaysia. Lapangan ini terletak di daerah Sepang, iaitu di Selangor dan berada 50 kilometer dari pusat Kuala Lumpur. KLIA menelan belanja sebanyak RM3.5 bilion untuk pembinaan.

Perancangan untuk pembinaan KLIA bermula pada tahun 1990 apabila kerajaan pada masa itu memutuskan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, atau kini dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, tidak mampu menampung permintaan masa hadapan dalam bidang penerbangan dan pelancongan. Kini, KLIA berupaya menampung 35 juta penumpang dan 1.2 juta tan metrik kargo setahun! Pada tahun 2007, KLIA dipangkatkan sebagai lapangan terbang ke-7 paling sibuk di Asia dan seramai 26,938,970 orang penumpang menggunakan KLIA pada tahun itu.



Terdapat beberapa kemudahan dan terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan antaranya ialah Terminal 1, iaitu terminal utama KLIA. Terminal ini terletak di antara dua “runway” lapangan tersebut. Terminal itu mempunyai keluasan sebanyak 336,000 meter per segi dan sebanyak 216 kaunter pendaftaran boleh dijumpai di terminal tersebut. Dengan adanya kaunter-kaunter tersebut, operasi pendaftaran penumpang dan pembelian tiket penerbangan dapat berjalan dengan lancar. Selain Terminal 1, terminal “Satellite” A menjadi tumpuan di KLIA kerana di terminal tersebut, terdapat banyak kedai bebas cukai yang menjual barangan berjenama antarabangsa. Penumpang perlu menaiki “aerotrain” untuk ke terminal ini dan pelbagai kemudahan disediakan dalam terminal “Satellite” seperti surau, tempat mandi, dan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma. Malah, terdapat hutan hujan mini di tengah-tengah terminal tersebut untuk mempamerkan keindahan alam semulajadi di Malaysia.

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu menghargai dan menghayati kebanggaan Malaysia ini, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kejayaan dalam pembinaan struktur unik ini tidak mungkin tercapai tanpa usaha yang gigih serta pandangan yang berwawasan ke arah masa hadapan.



(Hasil Sumber Carian)